Laman

Minggu, 13 Februari 2011

Balasan meninggalkan solat (evaluasi diri bersama)

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.
Ketika Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai anak muda kenapa kamu menangis?"
Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."
Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.
Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai anak muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"

Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."
Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Ketika mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka coba membunuh ular itu.

Ketika mereka mencoba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyiksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"
Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :"

1.Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk solat berjamaah.
2.Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3.Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya.


Saya tidak bermaksud menakut-nakuti, ini hanya sebagai evaluasi bersama dan melihat kedalam diri masing-masing (termasuk saya) agar tidak mrninggalkan solat sesibuk apapun.

Semoga bermanfaat
Terima kasih atas kunjungannya
2011

2 komentar:

Unknown mengatakan...

Semoga saya tidak digigit ular, Masalahnya, saya termasuk kedalam bagian yang pertama. Sebenarnya bukan tidak mau tapi malas. hehehe...

Artikelnya bagus bro... saya takut membacanya.
Thx comentnya di www.situskerenku.co.cc ( Blog yang sudah lebih dari setengah tahun saya tinggalkan ). Saya punya blog baru ( Blum selesai di Edit templatenya ) Ntar kalau sudah selesai kita tuker link... oce bro.. Terus menulis artikel yang bikin ngeri hehe...

Q juga sudah FOLLOW Tubagusbani blog. Ntar Follow balik ya....

Silence Kid! mengatakan...

okeh, saya juga takut mas haha. maaf nih baru bisa komen balik disini

Posting Komentar

Silahkan berkoar pada setiap postingan

Artikel lainnya


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...